Sunday, June 19, 2016

Portugal vs Austria : Sepakan penalti Cristiano Ronaldo tersasar


                                            Cristiano Ronaldo

Bintang dunia yang terkenal dengan lirik senyuman bak Hollywood artis ini masam mencuka selepas 80 minit bergelut dengan Austria. Manakan tidak, sepakan penalti beliau terlepas ke arah kanan tiang gol sekaligus memberikan keselamatan percuma kepada Austria.

Tandukan yang dikira sebagai offside selepas itu pula membuktikan hari itu hari bukan 'ong' beliau. Kejayaan  Portugal untuk seri buat kali kedua dengan berjaya mengumpul hanya 2 mata dan memerlukan kemenangan ketika berdepan dengan Hungary dalam perlawanan seterrusnya pada hari Rabu ini.

Jurulatih Portugal, Fernando Sanstos mengelak ketika ditanya mengenai prestasi Cristiano Ronaldo dengan menjawab tidak mahu bercakap tentang prestasi individu tetapi hanya akan bercakap tentang prestasi sebagai satu pasukan.

                                            Fernando Santos

 "Pemain seharusnya tidak gelisah. Walaupun kami berada dalam situasi genting, ini bukannya masa untuk 'menikmati' kedukaan. Kamimempunyai perlawanan 22 Jun ini. Kami akan lebih positif, lupakan apa yang telah kita hilang. Ini adalah bola sepak dan perlawanan seterusnya adalah 'perlawan terakhir' buat kami." katanya.

Dengan 128 cap, misi Cristiano Ronaldo cukup mudah iaitu memastikan tempat ke perlawanan akhir. Persamaan gol Hungary menenang Iceland meletakkan mereka di kedudukan teratas dengan mata terkumpul sebanyak 4 mata. Portugal pasti boleh mengikat kedudukan jika berjaya mengalahkan pemain Marcel sebelum berlawan dengan mereka.

Santos telah melakukan 2 perubahan setelah seri dengan Iceland yang juga disifatkan Cristiano Ronaldo sebagai negara yang mempunyai 'mentaliti rendah'.
Kenyataan itu pula dibalas pemain Austria menunjukkan Christiano Ronaldo bukanlah Messi.

Danilo dan Joao Mario telah mengganti William Carvalho dan Ricardo Quaresma. Ketika ditanya samada Nani, Ronaldo dan Quaresma adalah gandingan yang bagus Santos menjawab"mungkin".

 Quaresma

Austria ketandusan Aleksander Dragovic selepas dikeluarkan ketika kekalahan mereka kepada Hungary. Sebastian Podl telah menggantikan posisi pertahanan itu. Marcel Sabitzer pula diturunkan menggantikan Marc Janko sebagai penyerang. Austria juga kehilangan Zlatko Junuzovic akibat kecederaan buku lali diganti dengan Stefan Ilsanker sebagai pemain tengah.

                                   
                  Marcel Sabitzer                                 Marc Janko
William Carvalho memberi pengaruh yang pertama kepada Portugal. Hantarannya menyebabkan Nani berjaya menyudahkan tandukan melebihi gawang gol.


William Carvalho

Quaresma sebagai pemain sayap pula dimarahi apabila tidak mengikuti taktikal yang diarah Santos iaitu membawa bola ke Cristiano Ronaldo.

Robert Almer, penjaga gol Austria pula telah melakukan kesilapan apabila menampan bola yang sekaligus memberi peluang kepada Portugal sepakan penjuru. Malangnya, hantaran yang baik disudahi dengan Ricardo Carvalho juga menanduk keluar dari gawang gol.


Robert Almer
   
Cristiano Ronaldo telah mengumpul sebanyak 6 gol sepanjang tiga kali penglibatannya dalam Kejuaraan Euro. Beliau telah memberi beberapa ancaman terhadap penjaga gol Austria, Almer selepas Raphael bermain 1-2 dengan Nani. Malangya, penyudah beliau terlepas ke arah kanan gawang gol.

Nani

Arus serangan bertalu-talu Portugal kerap kali sukar ditangani Austria. Nani yang merupakan bekas peamin Manchester United hanya berjaya menanduk ke arah tiang gol. Begitu juga dengan tendangan voli Crisitiano Ronaldo yang lemah mudah ditangkap Almer.

Austria berjaya mengumpul hanya 1 mata tetapi peluang untuk ke 16 terakhir masih terbuka sekiranya mereka berjaya mengalahkan Iceland.

Apa pandangan anda?